ADUN Katibas Santuni Rumah Lawrance Ladi

RABU, 16 NOVEMBER 2022

KAPIT: Sempena Pilihan Raya Umum (PRU15), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan melakukan lawatan ke Rumah Lawrance Ladi Teluk Jambu, Kapit pada Selasa.

Lawatan ini bukan sekadar untuk berkempen tetapi untuk melihat masalah rakyat.

Dalam lawatan itu, beliau telah mengumumkan akan memberi peruntukan untuk membina Tamu di depan simpang Rumah Lawrance Ladi.

Lidam turut menyatakan jeti besi bagi mereka sudah pun berada dalam senarai Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan ia akan dibina bermula tahun depan.

Justeru, dalam lawatan itu, beliau menyeru masyarakat setempat agar pengundi bersatu dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan memberi mandat kepada GPS pada PRU ke-15.

Hadir sama Pegawai Pusat Khidmat Edward Minggu dan Ahli Jawatankuasa Cawangan Katibas Nobert Julian.-EDISI UKAS

add comment