GPS Sedia Jalin Kerjasama Dengan Mana-Mana Pihak Untuk Bentuk Kerajaan Stabil

RABU, 16 NOVEMBER 2022

BALINGIAN: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian akan bekerjasama dengan mana-mana kerajaan baru yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata kerjasama ini penting demi untuk memastikan kepentingan Sarawak dan rakyatnya terus dicapai melalui peruntukan bajet-bajet tertentu kepada kementerian-kementerian yang memberi manfaat kepada Sarawak.

Katanya, kerjasama dengan kerajaan baru itu perlu bagi mewujudkan kerajaan yang stabil agar ekonomi negara dapat dipulihkan demi memastikan kesejahteraan rakyat.

“GPS ingin bersama mana-mana pihak yang kami yakin dapat mewujudkan kerajaan pusat yang stabil dan mengurus serta menjayakan pemulihan ekonomi di negara kita.

“Itu yang penting. Sebab kesejahteraan rakyat lebih penting dari politik.

“Sepertimana kata YAB Premier sebelum ini dan semalam (Isnin), kita akan bersama dengan mana-mana pihak,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Balingian pada Selasa.

Disoal mengenai peluang GPS, Dato Sri Alexander yang juga calon GPS Parlimen Kapit yakin gabungan parti itu mampu memenangi sebanyak 25 hingga 28 kerusi pada PRU-15.

Sementara itu, calon GPS Parlimen Mukah Dato’ Hanifah Hajar Taib ketika ditemuramah dalam program sama berkata pelaksanaan projek dalam Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) perlu diperhalusi bagi memastikan ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di kawasan tertentu dalam agensi pembangunan itu.

Beliau juga bersetuju bahawa penubuhan agensi itu termasuk agensi pembangunan lain akan membantu memperkasakan pembangunan di seluruh Sarawak.

“Rancangan RADDA masih perlu diperhalusikan lagi kerana kita hendak melihat apakah kebaikan yang boleh kita laksanakan yang bersesuaian dengan rakyat kita, dan memberi kelebihan kepada lokasi geografi kita. Contohnya kawasan bakul makanan dan komoditi.

“Contohnya jika kita hendak menanam padi, kita perlu kaji samada sesuai atau tidak kawasan kita untuk menanam padi. Jika tidak sesuai, kita tidak boleh membazir kewangan dan melihat kepada cadangan yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Dato Sri Alexander yang juga Menteri Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dalam ucapannya berkata GPS amat memerlukan sokongan penuh rakyat Sarawak pada PRU kali ini.

Katanya, sokongan padu ini akan membolehkan Sarawak menuntut sekurang-kurangnya lapan menteri penuh dalam kabinet berbanding empat ketika ini.

Sementara itu, Dato’ Hanifah menyeru kepada ibu bapa agar memainkan peranan menerangkan kepada anak-anak mereka yang layak mengundi mengenai kepentingan menunaikan tanggungjawab pada 19 November nanti.

Ujarnya, mandat besar akan membolehkan kerajaan GPS terus berjuang menuntut hak dalam Prjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi kesejahteraan dan masa depan rakyat negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dalam ucapan aluan pula menegaskan hanya GPS sahaja yang dapat merealisasi impian pembangunan untuk rakyat di situ seperti pembinaan bangunan Pejabat Daerah Balingian, Stadium Balingian, tebingan sungai dan pelbagai lagi pembangunan di kawasan itu.

Pada sebelah petang, Dato’ Hanifah dan Abdul Yakub berkesempatan menghadiri Program Semarak Desa dan Perasmian Tabika Kemas Kampung Kuala Balingian.

Ia disusuli dengan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kuala Balingian.

Dalam program tersebut, Dato’ Hanifah berterima kasih kepada pengundi di kawasan tersebut kerana telah memberikan kepercayaan kepadanya pada PRU yang lepas. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia