Lo Khere Chiang Pantau Pelaksanaan Saringan Kesihatan Percuma Di Kota Sentosa

RABU, 16 NOVEMBER 2022

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Stampin, Lo Khere Chiang turun padang bagi memantau pelaksanaan program saringan kesihatan percuma di Perpustakaan Awam Kota Sentosa pada Rabu.

Program anjuran SABERKAS Cawangan Kota Sentosa bersama dengan Klinik Kesihatan Kota Sentosa itu bertujuan menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat.

Ia juga membolehkan masyarakat tempatan mengetahui tahap kesihatan mereka tanpa perlu menanggung kos yang tinggi.

Dalam lawatan tersebut, Khere Chiang turut diiringi Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Dato’ Sri Ibrahim.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang itu menaruh harapan agar rakyat Sarawak sedar akan kepentingan bersatu padu dalam menghadapi sebarang kesukaran. -Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia