GPS Bawa Pembangunan Di Kawasan Luar Bandar

KHAMIS, 17 NOVEMBER 2022

KAPIT: Banyak pembangunan telah dilaksanakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terutama di kawasan luar bandar demi untuk meningkatkan pendapatan penduduk di desa.

Calon GPS Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata ini jelas membuktikan GPS mampu menerajui Sarawak ke arah pembangunan yang berterusan.

Katanya, kerajaan pusat juga telah membelanjakan billion ringgit melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diterajuinya untuk menyediakan subsidi pada harga makanan bertujuan membantu para pengguna.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Kaya, Sungai Sut, Kapit pada Rabu.

Sehubungan itu, Dato Sri Alexander menyeru sokongan padu dari rakyat di situ terhadap GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini. – EDISI UKAS

add comment