Kerajaan Lulus 29 Kawasan Sarikei Dengan Keluasan Agregat 171,756.11 Hektar

KHAMIS, 17 NOVEMBER 2022

SARIKEI: Sebanyak 29 kawasan Sarikei dengan keluasan agregat kira-kira 171,756.11 hektar atau 424,416.90 ekar telah diluluskan oleh kerajaan.

Penguasa Tanah dan Survei, Bahagian Sarikei, Thian Choon Kui menyatakan bahawa pelaksanaan program inisiatif baharu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Bahagian Sarikei adalah di peringkat pertama dalam ukuran perimeter dan diwartakan seksyen 6.

“Daripada 29 kawasan berkenaan 27 telah disurvei sepenuhnya dan telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera selaras dengan seksyen 6 kanun Tanah dan Negeri Sarawak.

“Manakala daripada 27 kawasan yang berkenaan itu tadi, 23 buah kawasan telah disampaikan kepada rakyat dalam tempoh 2011 ke 2020.

“Bagi peringkat kedua iaitu pengeluaran surak hakmilik seksyen 18 kanun Tanah Negeri, sebanyak 1309 surat hakmilik individu telah bejaya diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah bagi kawasan Pakan-SESCO dan Pakan-Entabai setakat bulan Ogos 2022.   

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Kawasan Pakan-Sesco di Dewan Masyarakat Pakan pada Rabu.

Dalam pada itu, ujarnya bagi peringkat kedua iaitu pengeluaran surak hakmilik seksyen 18 kanun Tanah Negeri, sebanyak 1309 surat hakmilik individu telah bejaya diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah bagi kawasan Pakan-SESCO dan Pakan-Entabai setakat bulan Ogos 2022.  

“Pada hari ini, sebanyak 100 surat hakmilik Seksyen 18 yang merangkumi keluasan sebesar 201.82 hektar akan disampaikan kepada pemilik-pemilik tanah.

“Turut dimaklumkan juga dua kawasan telah mendapat kelulusan untuk penyukatan dibawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) di Daerah Pakan iaitu di Sungai Genega dan kawasan Jalan Wak Pakan yang berkeluasan secara keseluruhannya berjumlah 13,640.90 hektar,” katanya.

Dalam majlis sama,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom  berkata masyarakat perlu memberi kerjasama kepada pihak Tanah dan Survei yang berusaha untuk membantu penduduk tempatan dan bukannya menghalang mereka daripada melaksanakan tugasan.

Mengulas lanjut beliau berkata masih ramai penduduk beranggapan tanah mereka akan diambil sekiranya disukat menggunakan seksyen 6, justeru ini akan menghalang proses pengukuran dijalankan.

“Jika tanah tidak disukat dan diukur maka geran tanah tidak akan dapat dikeluarkan,” jelasnya.

Di samping itu, beliau juga memberitahu bahawa kerajaan negeri begitu prihatin dan berusaha untuk membantu rakyat tetapi banyak yang salah anggap.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Pakan, Nyalin Asan.-EDISI UKAS

add comment