UNIFOR Teruskan Usaha Bantu Rumah Ibadat

KHAMIS, 17 NOVEMBER 2022

SIBU: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) meneruskan inisiatif membantu rumah ibadat di negeri ini dengan memperuntukan dana sebanyak RM1 juta kepada Methodist Pilley Institute (MPI) Sibu.

Penyerahan cek kepada wakil MPI telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr. Annuar pada Rabu di pusat berkenaan.

UNIFOR kebiasaannya memperuntukan dana untuk gereja, kuil dan rumah-rumah ibadah namun kali ini badan itu telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk penyambungan blok empat tingkat dan MPI.

Sebelum ini Secretary Of The Trustees Of The Methodist Church Sarawak telah memohon peruntukan sebanyak RM2.5 juta dan UNIFOR telah menyalurkan RM1 juta untuk projek berkenaan.

Turut hadir ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek. – EDISI UKAS

add comment