Kerajaan Sarawak Terus Komited Bantu Rakyat

JUMAAT, 18 NOVEMBER 2022

KABONG: Kerajaan Sarawak terus komited dalam membantu rakyat dalam semua segi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata Kerajaan Sarawak telah mengambil alih projek memasangkan bekalan air di Kabong daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia (KPLB).

“KPLB telah meluluskan peruntukan untuk projek bekalan air tetapi duit tidak sampai.

“Kerajaan Sarawak harus mengambil alih projek tersebut dan berbelanja sebanyak RM4 bilion untuk memasang bekalan air untuk menolong rakyat di Kabong,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Penjaja Kabong pada Jumaat.

Tambahnya lagi, untuk membangunkan negeri ini, kita boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan tetapi acuannya mesti mengikut acuan Sarawak.

Dalam perkembangan lain, ujar Premier Sarawak, Kerajaan Sarawak telah membantu rakyat semasa pandemik COVID-19 menerusi pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

“Demi rakyat Sarawak, Kerajaan Sarawak telah berbelanja RM6.7 bilion dalam masa dua tahun dengan memberikan subsidi kepada bayaran bil elektrik, air dan sebagainya.

“Kita juga menanggung kos kuarantin rakyat Sarawak yang balik dari luar negara selama satu tahun, dan dengan pengurusan yang baik, kita dapat menyelamatkan orang dari jangkitan COVID-19,” ujarnya lagi.

Pada majlis itu, beliau juga menyeru rakyat menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRU-15 ini supaya suara Sarawak akan menjadi kuat di Dewan Rakyat.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan;  Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Keusahawanan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir, Calon GPS Parlimen Saratok, Giendam Jonathan Tait, Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas dan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia