JUMAAT, 18 NOVEMBER 2022
KANOWIT: Kesatuan dalam hubungan kekeluargaan adalah lebih tinggi martabatnya dari politik, demikian menurut calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang.
Oleh itu beliau berpesan agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan nilai yang berharga ini kerana politik yang betul adalah hasil daripada rakyat yang mendukung calon.
Lantaran itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar menasihati anak-anak mereka supaya tidak mudah terperdaya dengan hasutan orang di sekeliling mahupun di media sosial.
Tanpa perpaduan katanya, ia boleh menyebabkan perpecahan dan tidak memberi manfaat yang positif kepada parti bahkan kepada rakyat itu sendiri, katanya berucap pada program ceramah GPS di Rumah Awin, Sg. Mapai dan Rumah Andin, Bejait, Kanowit pada Khamis.
Hadir sama isteri Datuk Aaron Ago Dagang Datin Ping Bungan, Penghulu Charlie Salang, Penghulu Ron Ugai dan Penghulu Ugap Seribu.- EDISI UKAS