PRU-15: Dato’ Sri Fadillah Lawat Tiga Bilik Gerakan Ranting PBB DUN Satok

JUMAAT, 18 NOVEMBER 2022

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Petra Jaya, Dato’ Sri Fadillah Yusof melawat ke tiga bilik gerakan ranting Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok pada Khamis.

Beliau yang diiringi Setiausaha PBB Cawangan Satok, Samat Gany dan Timbalan Ketua PBB Cawangan Satok, Hilmy Othman melawat ke Bilik Gerakan Ranting PBB Jalan Muhibbah, Kampung No.3 dan Kampung No.4.

Lawatan tersebut bagi meninjau dan melihat sendiri tahap persiapan setiap jentera ranting menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menerusi taklimat yang disampaikan oleh ketua ranting.

Secara keseluruhan, Dato’ Sri Fadillah amat berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan kesemua bilik-bilik gerakan ranting PBB bagi kawasan DUN Satok.

Terdahulu, beliau meluangkan masa menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Surau Darul Qarar, Jalan Patingan. -Edisi UKAS

add comment