Sibu, Miri, Limbang, Bintulu Terjejas Banjir, 123 Mangsa Ditempatkan Di PPS

JUMAAT, 18 NOVEMBER 2022

KUCHING: Beberapa kawasan di empat bahagian di Sarawak terjejas akibat banjir dengan seramai 123 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dalam satu kenyataan media setakat jam 7 pagi ini, memberitahu, sebuah PPS telah dibuka di Limbang iaitu Dewan Masyarakat Medamit yang menempatkan seramai 123 mangsa daripada 39 buah keluarga yang terjejas dari kawasan hujung Jalan Medamit.

Kata JPBNS, PPS berkenaan telah dibuka pada Rabu pada jam 5 petang.

“Antara kawasan lain yang terjejas ialah di Sibu ialah Jalan Nanga Tajan Lorong 4 (Nanga Tabau), Rumah Damat Nanga Tabau, dan jalan utama menuju ke Ensurai/Tabalong/ Alat/Nanga Tamin.

“Di Bintulu pula, kawasan yang terjejas ialah perumahan Gem Park, Kampung Jabai Bintulu, Kampung Asyakirin Fasa 1, Kampung Asyakirin Fasa 2 dan Kampung Asyakirin Fasa 3.

“Manakala di Miri menyaksikan Rumah Magdeline Anak Jepon Lubok Mulong Tinjar Baram, Rumah Atam Long Tisam B Tinjar, Kampung John Mato Long Tuyut, Rumah Manggi Long Tisam A, Kampung Long Teru Tinjar, Rumah Joseph Long Ajoi Tinjar, Kampung Long Sepiling Tinjar, Rumah Duri Nanga Lait Tinjar, Rumah James Luhi Nanga Ujau, Rumah Aji Anak Nawek Sungai Tuyut, Klinik Kesihatan Long Teru Tinjar, SK Kuala Bok, SK Long Loyang dan SK Long Teru yang terjejas,” kata JPBNS pada Jumaat.

Sementara itu, Bahagian Limbang menjejaskan kawasan hujung Jalan Medamit, Kampung Lintang Trusan dan Pekan Sudar Lawas.

Bagaimanapun, tiada perubahan atau penambahan mangsa dilaporkan serta PPS berada dalam keadaan terkawal.-Edisi UKAS

add comment