Lebih 20 Peratus Pengundi Parlimen Miri Keluar Mengundi Setakat Jam 12:00 Tengah Hari

SABTU, 19 NOVEMBER 2022

MIRI: Sehingga jam 12:00 tengah hari ini seramai 20.07 peratus atau 28,743 pengundi di Kawasan Parlimen Miri telah menunaikan tanggungjawab mengundi. 

Keadaan cuaca yang baik dan mendung di sini ketika ini membolehkan orang ramai terus beratur membuang undi dan dibangu petugas-petugas dari parti politik yang bertanding. 

Berdasarkan tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sebentar tadi, beberapa batang jalan utama mengalami kesesakan teruk dan kenderaan bergerak agak perlahan.

Antara jalan terlibat ialah jalan di hadapan Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Pujut, Tadika Miri Chinese, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mawar, Kolej Vokasional Miri dan Sekolah Menengah Pei Min Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung San dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau serta Sekolah Kebangsaan (SK)Merbau. 

Kesesakan ini tidak menghalang orang ramai khususnya pengundi turun menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Miri. 

Dijangkakan kadar peratusan turun mengundi akan meningkat pada sebelah petang ini. -EDISI UKAS

add comment