PRU-15: 41,743 Pengundi Parlimen Betong Buang Undi

SABTU, 19 NOVEMBER 2022

LAYAR: Seramai 41,743 orang pengundi mula menunaikan tanggungjawab turun mengundi bagi kawasan Parlimen Betong pada Sabtu. 

Para pengundi mula menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di salah satu pusat pengundian yang terletak di kawasan DUN Layar iaitu di Sekolah Kebangsaan Nanga Ajau, Betong bermula jam 7.30 pagi ini.  

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu tiba di pusat pengundian seawal jam 7 pagi untuk mengundi dan menjadi antara individu pertama mengundi di Saluran 1.

Parlimen Betong menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Dr. Richard Rapu (GPS), Patrick Kamis (PH) dan Hasbie Satar (BEBAS). 

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati, rata-rata pengundi yang hadir dan menunggu giliran di pusat pengundian dengan lengkap memakai pelitup muka.

Di beberapa tempat, turut kelihatan petugas SPR membawa warga emas yang berkerusi roda dari awal hingga selesai pengundian dalam keadaan cuaca yang baik dan cerah. – EDISI UKAS

add comment