SABTU, 19 NOVEMBER 2022
MUKAH: Calon Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib mengekalkan statusnya sebagai Ahli Parlimen di kerusi itu selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau meraih sebanyak 21,733 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan, Abdul Jalil yang mengutip 6047 undi.
Lebih manis apabila jumlah majoriti dimenanginya meningkat sebanyak 15,686 pada PRU kali ini.
Untuk rekod Datuk Hanifah menawan kerusi itu pada PRU-14 dengan meraih 13,853 undi dengan majoriti 7,000 undi.-EDISI UKAS