PRU-15: Premier Sarawak Hadir Tinjau Pusat Mengundi SK Abang Kadir Gedong

SABTU, 19 NOVEMBER 2022

GEDONG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hadir meninjau ke Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Kadir Gedong di Parlimen Batang Sadong pada Sabtu.

Dalam meninjau kelancaran proses pengundian, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong turut mengambil kesempatan tersebut untuk beramah mesra dengan pengundi-pengundi di situ.

Pusat mengundi bagi Parlimen Batang Sadong itu menyediakan sembilan saluran bagi memudahkan seramai 4,447 pengundi yang berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Hadir sama mengiringi Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari ialah Bekas ADUN Gedong Datuk Naroden Majais. -Edisi UKAS

add comment