SABTU, 19 NOVEMBER 2022
LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Parlimen Limbang pada jam 7:55 pagi di Pusat Mengundi Dewan Ukong di sini pada Sabtu.
Keadaan hujan renyai-renyai di pusat mengundi menyebabkan suasana agak lengang dan aliran pengundi yang hadir juga tidak sesak.
Pusat Mengundi Dewan Ukong, Limbang mula dibuka pada jam 7:00 pagi.
Sehingga kini, proses pengundian berjalan perlahan dan serta tiada insiden yang dilaporkan sepanjang proses pengundian. -EDISI UKAS