TYT Sarawak Undi Di Dewan Datuk Merpati Jepang, SK Merpati Jepang

SABTU, 19 NOVEMBER 2022

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 di Pusat Mengundi Dewan Datuk Merpati Jepang, SK Merpati Jepang pada Sabtu.

Tun Pehin Sri Abdul Taib dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 1 tengah hari.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba di pusat mengundi pada pukul 9.20 pagi untuk menjalankan tanggungjawab mengundi dan selesai membuang undi pada pukul 9.29 pagi. -EDISI UKAS

add comment