PRU15: GPS Berjaya Rampas Kerusi Selangau Dari PH

AHAD, 20 NOVEMBER 2022

SELANGAU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Edwin Banta telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Selangau apabila menang dengan majoriti 4,986 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Selangau Enting @Inting Nyami telah mengumumkan kemenangan Edwin pada jam 11:55 malam di Dewan Serbaguna Selangau  di sini pada Sabtu.

Edwin berjaya mengalahkan dua lagi pencabarnya dalam pertandingan tiga penjuru apabila memperoleh 16,078 manakala, calon Pakatan Harapan (PH) Umpang Sabang mendapat 11,092 dan calon Bebas Henry Joseph Usau hanya memperoleh 1,626 undi. 

Kemenangan GPS di Parlimen Selangau pada PRU-15 ini cukup bermakna apabila berjaya merampas kembali kerusi yang pernah dimenangi PH menerusi Baru Bian pada PRU-14. -EDISI UKAS

add comment