PRU15: Lukanisman Kekalkan Kerusi Parlimen Sibuti, Tewaskan Dua Pencabar Lain

AHAD, 20 NOVEMBER 2022

BEKENU: Pertambahan pengundi baharu dan mereka yang berumur 18 tahun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini memberikan saingan sengit kepada keputusan itu di Parlimen Sibuti. 

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni menarik nafas lega apabila keputusan memihak kepadanya menerusi pertandingan tiga penjuru. 

Beliau berjaya memperoleh 22,150 undi berbanding pencabar terdekatnya Zulhaidah Suboh dari Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 10,405 undi dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Bobby William yang hanya memperoleh 1,361 undi. 

“Dengan pertambahan pengundi sudah pasti mereka yang turun mengundi pun bertambah dan juga kita dapat melihat pertambahan peningkatan majoriti sangat baik. 

“Namun demikian, cabaran tetap saya terima daripada calon PH dan saya akui ini adalah proses demokrasi,” katanya. 

Katanya semasa ditemui selepas menerima keputusan PRU-15 Parlimen Sibuti di Dewan Masyarakat Bekenu di sini pada Sabtu. 

Kesempatan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Parlimen Sibuti yang telah menunaikan tanggungjawab dan berikrar akan memberikan perkhidmatan baik dan berkualiti dengan tema ‘Mimimpin Pendapat Rakyat’

“Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kerana telah menunaikan tanggungjawab.

“Saya juga akan berikrar akan membalas jasa pengundi-pengundi ini dengan memberikan perkhidmatan sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun. 

“Perkhidmatan yang baik dan berkualiti serta perkhidmatan yang mendengar suara-suara rakyat dengan tema ‘Mimimpin Pendapat Rakyat’,” ujarnya. -EDISI UKAS

add comment