GPS Menang Majoriti 22,168 Undi Kerusi Parlimen Bintulu

ISNIN, 21 NOVEMBER 2022

BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi majoriti 22,168 undi bagi kerusi Parlimen Bintulu bagi Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bintulu telah mengumumkan perkara itu di Dewan Suarah Bintulu pada jam 1.16 pagi Ahad.

Calonnya Dato Sri Tiong King Sing meraih sebanyak 43,455 undi menewaskan saingannya calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chiew Chan Yew dan Duke Janteng dari Perikatan Nasional (PN) mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU).

Dato Sri Tiong merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi Bintulu atas sokongan mereka kepada beliau sehingga dapat memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti yang tinggi.-Edisi UKAS

add comment