PRU-15: Kerusi Parlimen Baram Kekal Milik Datuk Anyi Ngau

ISNIN, 21 NOVEMBER 2022

BARAM: Datuk Anyi Ngau dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Baram bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu telah diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kawasan Parlimen Baram Belayong Pok di Dewan Suarah Marudi tepat jam 7.13 malam Isnin.

Pertandingan tiga penjuru bagi kerusi berkenaan menyaksikan Datuk Anyi berjaya mencatat kemenangan dengan meraih undi sebanyak 18,399 undi dengan majoriti 7,339 undi.

Beliau telah menewaskan saingannya dari Parti Pakatan Harapan, Roland Engan yang memperoleh 11,060 undi dan Parti Bebas Wilfred Entika memperoleh 324 undi.

Ini sekaligus menjadikan GPS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen untuk PRU-15 ini.

Terdahulu pada PRU-14, Parlimen Baram hanya berdepan dengan saingan satu lawan satu yang dimenangi oleh Datuk Anyi yang memegang tiket Barisan Nasional dengan mendapat 12,171 undi dengan majoriti 1,990 menewaskan Roland Engan dari Parti Keadilan Rakyat yang mendapat 10,181 undi.-Edisi UKAS

add comment