22,725 Belia Setai Program YES Dan TEGAS

RABU, 23 NOVEMBER 2022

KUCHING: Seramai 1,888 belia telah menyertai program Youth Entrepreneur Setup (YES) di seluruh Sarawak dan seramai seramai 20,837 peserta telah mendapat manfaat menerusi pelbagai inisiatif dan program di Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Digital Innovation Hub dan TEGAS. 

Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat, melalui program YES, ia telah memberi manfaat kepada belia dari segi memotivasikan belia untuk menceburi bidang keusahawanan. 

“Selain itu, ia turut membantu dalam sesi interaksi dengan agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDG) bagi menyediakan garis panduan untuk pendaftaran perniagaan, lesen perniagaan dan bantuan kewangan dan peralatan. 

“Seterusnya ia bertujuan untuk mengumpul data mengenai minat belia dalam sektor perniagaan, untuk mereka bentuk program usahawan lanjutan dan khusus berdasarkan data yang telah dikumpul serta program kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTED), SEDC dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menajawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki pada hari ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada Rabu. 

Jelasnya lagi, melalui program TEGAS usahawan muda akan dapat mempercepatkan pertumbuhan syarikat permulaan dan perusahaan sosial serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian untuk berjaya dalam ekonomi digital. 

“Selain itu, ia turut membantu dalam mewujudkan rangkaian dengan pengasas permulaan dan ekosistem usahawan sekaligus meneroka kerjasama serta perkongsian dalam menyediakan penyelesaian, melaksanakan inovasi baharu dan peluang penjenamaan ke dalam model perniagaan sedia ada,” ujarnya. 

Untuk rekod, seramai 1,888 belia yang menyertai program YES antaranya dari daerah-daerah Miri seramai 365 peserta, Sibu 500 peserta, Bintulu 444 peserta, Limbang 344 peserta dan Sri Aman 235 peserta.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia