Pesta Rakyat Durin 2022 Temui Warga Sibu

RABU, 23 NOVEMBER 2022

SIBU: Pesta Rakyat Durin Bagi Tahun 2022 akan menemui rakyat Sibu pada 25 November sehingga 27 November 2022 yang akan diadakan di pasar tebingan Durin.

Pesta yang berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 8 pagi sehingga 10 malam menampilkan pelbagai aktiviti antaranya Pertandingan Bot Kawalan Jauh (RC), pertandingan sepak takraw, pertandingan karaoke lagu iban, persembahan sape Dayak Sibu dan persembahan gendang pampat dari Julau, Mini Regatta Pesta Rakyat Durin 2022, pertandingan menangkap itik, pertandingan tarian ngajat lelaki dan perempuan dan banyak lagi.

Perasmian pesta tersebut akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Dato’ Seri Tiong King Sing.

Terdapat 38 gerai jualan serta ‘fun-fair’ yang telah dibuka dan terdapat 17 gerai khas untuk penduduk setempat menjual pelbagai barang jualan di samping membantu sumber pendapatan penduduk setempat.

Pengajur menganggarkan sebanyak empat ribu hingga lima ribu pengunjung yang akan hadir dari seluruh kawasan Kanowit, Machan dan Sibu.

Turut hadir Pengerusi Pengelola Pesta Rakyat Durin 2022, Kaunselor Teo Boon Siew, Pemangku Pegawai Tadbir MDLBS Manjenah Ansi dan Kaunselor Jaafar Abdullah.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia