ADUN Pelagus Cadang Elaun KMKK Dinaikkan, Tubuh RCG DUN Pelagus

KHAMIS, 24 NOVEMBER 2022

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang cadang kenaikan elauan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat. 

Katanya, beliau difahamkan sebarang kenaikan elaun KKKM akan melibatkan kerajaan negeri dalam perbelanjaan wang tambahan memandangkan KMKK adalah sebahagian daripada orang yang bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat di rumah panjang dan Kampung di negeri ini. 

“Saya mencadangkan elaun Ketua Kaum (Tuai Rumah) dinaikkan kepada RM1500 dan KM-Penghulu meningkat kepada RM2000, KM-Pemanca kepada RM2500 dan KM-Temenggong kepada RM3000. Lagipun gaji minimum di Sarawak ialah RM1500,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa mengambi bahagian dalam perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Khamis. 

Tambah Wilson lagi, sejak persempadanan DUN pada tahun 2015, Pelagus tidak mempunyai pekan kecil.

“Daerah Kecil Merit, Nanga Merit telah diambil alih oleh DUN Belaga. Dengan ini, saya mencadangkan untuk menubuhkan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) di Nanga Pelagus untuk kawasan DUN Pelagus,” jelasnya. 

Ujarnya, beliau yakin RGC ini akan cepat berkembang kerana lokasinya yang strategik berhampiran Pelagus Rapid, Taman Negara Pelagus dan di mana Pelagus Resort yang ditinggalkan dapat dihidupkan semula.  

“Terdapat banyak tarikan pelancong yang berdekatan seperti rumah panjang berhampiran, meredah hutan (jungle tracking) malah kita boleh membina perkhidmatan kereta kabel untuk melihat pemandangan Pelagus Rapid yang indah dan bekalan ikan air tawar eksotik dari Pelagus Rapid yang mana masyarakat setempat boleh mendapatkan hasil tangkapan setiap hari,” katanya.-EDISI UKAS 

add comment