ADUN Pelagus Gesa Naiktaraf Pendidikan Dan Kemudahan Perubatan

KHAMIS, 24 NOVEMBER 2022

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang menggesa Kementerian Pendidikan mempertimbangkan pembinaan sekolah menengah yang dicadangkan kerana ia amat diperlukan untuk pelajar sekolah rendah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus meneruskan pendidikan mereka.

Selain itu, beliau meminta Sarawak Skills dan Kolej Universiti (iCATS) dibuka untuk cawangan Bahagian Kapit kerana kolej ini amat diperlukan oleh masyarakat di Kapit agar dapat menyediakan latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja oleh industri.  

“Saya mendapat tahu bahawa land matter merupakan salah satu cabaran untuk membina sekolah baharu di Sarawak dan saya berharap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dapat menyelesaikan isu ini dengan Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya semasa mengambi bahagian dalam perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Khamis. 

Tambahnya lagi, setelah disemak dengan Jabatan Tanah Dan Survei, tapak Klinik Desa di Nanga Pelagus terletak di Lot 5 Blok 1 Oyan LD dengan keluasan tanah 1.244Ha telah diambil alih oleh kerajaan pada 21 Oktober 2004. 

Justeru beliau menggesa Kementerian Kesihatan mempertimbangkan pembinaan klinik ini.  

Selain itu katanya, Klinik Desa Nanga Bena juga amat memerlukan perhatian segera berikutan keadaan yang teruk.-EDISI UKAS 

add comment