Kerajaan Sarawak Pegang 100 Peratus Autonomi Ke Atas Pelabuhan Di Negeri Ini

KHAMIS, 24 NOVEMBER 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak memegang seratus peratus autonomi ke atas pelabuhan yang ada di negeri ini kecuali Lembaga Pelabuhan Bintulu. 

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Pelabuhan) Dato Majang Renggi berkata, Lembaga Pelabuhan Bintulu terletak di bawah bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan. 

“Kerajaan Sarawak memegang 100 peratus autonomi ke atas Kuching, Rajang, Miri, Tanjung Manis dan Pelabuhan Samalaju. 

“Bagi Lembaga Pelabuhan Bintulu pula ia adalah Badan Berkanun Persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya. 

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johhny Pang Leong Ming dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini pada Khamis.

Tambahnya lagi, semua jawatan pengurusan dan operasi di Pelabuhan Sarawak adalah warga Sarawak.

Menjawab soalan tambahan, Dato Majang memberitahu seramai 124 orang kakitangan yang berkhidmat di Lembaga Pelabuhan Bintulu di mana 118 orang atau 95.2 peratus adalah warga Sarawak.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia