TYT Sarawak Terima Kunjungan Hormat SABATI

KHAMIS, 24 NOVEMBER 2022

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menerima kunjungan hormat daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) di kediaman beliau di Demak Jaya, Petra Jaya, Kuching pada Khamis.

Rombongan SABATI itu telah diketuai oleh Presidennya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Antara yang turut mengiringi beliau ialah Timbalan-Timbalan Presiden SABATI, Dato Doreen Mayang, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Datin Sri Enn Ong Siok Ean serta Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

Difahamkan, kujungan hormat tersebut bertujuan menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib serta Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Wisma SABATI dan Ulang Tahun Ke-40 SABATI pada 26 November ini. -Edisi UKAS

add comment