Wilson Nyabong Gesa Naiktaraf Infrastruktur Di Pelagus

KHAMIS, 24 NOVEMBER 2022

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang menyeru agar keperluan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus dinaiktaraf dari segi infrastruktur. 

Justeru, beliau menggesa kerajaan menyegerakan pembinaan tanjakan feri di Nangga Tulie yang diluluskan pada 2019 dan warga di sebelah utara Pekan Kapit di seberang sungai Rajang menantikan operasi perkhidmatan feri.

Jelasnya lagi, bagi memajukan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) antara sungai Amang dan sungai Sut beliau memohon kerajaan membina jalinan jalan baru dari jambatan sungai Amang ke Sungai Sut yang menghubungkan Jalan Antaroh.

“Saya juga menggesa untuk membina jalan baru dari Rumah Mengga Batang Rajang ke Rumah Theophilus Unan, Rumah Nyangon, Rumab Umping dan ke Rumah Sigan Nangga Belabut Baleh yang memberi manfaat kepasa 23 penempatan atau rumah panjang. 

“Salain itu, naik taraf jalan bekas pembalakan sepanjang 7KM dari jalan Logging Song melalui Bukit Raya ke jalan URDA di Rh Beraja Ng Benin Batang Rajang,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa mengambil bahagian dalam perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Khamis. 

Wilson turut mengutarakan mengenai status cadangan jalan pintasan Bleteh/Lapangan Terbang Kapit di mana projek tersebut telah diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob semasa lawatan beliau ke Kapit tahun lepas.

“Seterusnya, status menaik taraf jalan lapangan terbang sedia ada ke Jalan Penghulu Nyanggau Kapit, Menaiktaraf Jalan Bleteh (dari pencawang SEB kepada lampu isyarat sedia ada) Kapit, cadangan membina dan menyiapkan Jalan Bukit Goram/Nanga Yong, Kapit pakej B fasa 2 Kapit dan cadangan jalan alternatif yang menghubungkan Pekan Kapit, Jalan Bukit Goram ke Kapit/Song Road Kapit,” ujarnya.-EDISI UKAS 

add comment