Kerajaan Sarawak Sambut Baik Jika GPS Diberi Mandat Menjadi TPM

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyambut baik sekiranya Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) diberi peluang untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata, sekiranya Sarawak diberi mandat untuk memikul jawatan itu, ia   hendaklah mempunyai kuasa dalam sistem pentadbiran.

“Kita nampak pembahagian kuasa, tapi kalau Timbalan Perdana Menteri mesti ada kuasa dan bukannya sekadar duduk untuk memanaskan kerusi sahaja.

“Kita juga mahukan Timbalan Perdana Menteri yang efektif untuk membantu rakyat terutamanya rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada Jumaat

Dalam pada itu, beliau juga berkata, rakyata Sarawak perlu dijaga hak mereka menerusi kerajaan perpaduan. -EDISI UKAS

add comment