500 Meriahkan Majlis Makan Tahun Kedayan Perdana

SABTU, 26 NOVEMBER 2022

LAWAS: Seramai 500 orang telah memeriahkan Majlis Makan Tahun Kedayan Perdana Ke-6 di Lawas.

Persatuan Kedayan Lawas telah menganjurkan Majlis Makan Tahun Kedayan Perdana Ke-6 di Taman Awam Lawas pada Jumaat.

Acara tersebut diadakan pada setiap tahun oleh kaum Kedayan untuk melambangkan tradisi unik yang diwarisi kaum Kedayan dan juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan persaudaraan.

Program Makan Tahun Perdana ini akan diadakan sehingga Ahad dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik.

Antaranya ialah gerai jualan dan pameran, pertandingan lagu-lagu bahasa Kedayan, pertandingan cerita Kedayan kanak-kanak, raptai ‘Catwalk’ Alai Kapo, Kapala Bangis dan acara kemuncak iaitu Pertandingan Kapala Kapo.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Kedayan Lawas Haris Majid, Timbalan Pengerusi Persatuan Kedayan Lawas Ketua Kampung Roslan Sisa dan Pengurus Agrobank Lawas Mohamad Rabau. -EDISI UKAS

add comment