SABTU, 26 NOVEMBER 2022
MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah menyumbangkan RM10,000 kepada Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA).
Sumbangan itu disampaikan oleh Datuk Sebastian Ting kepada Presiden FSJA Andy Jong Wan Joon di Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau bagi menjayakan penganjuran Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2022 pada Disember.
Sumbangan tersebut akan digunakan untuk penganjuran KJA 2022 yang bakal berlangsung pada 9 Disember di Imperial Hotel, Miri.
Pada majlis yang sama, Presiden FSJA Andy Jong Wan Joon turut menyampaikan surat jemputan kepada Datuk Sebastian untuk menghadiri majlis tersebut.
Menurut Andy, KJA 2022 kali ini akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 dan para pemenang bagi KJA 2022 akan menerima panggilan dari pihak FSJA dalam minggu ini.
Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi Andy di talian (014-5902562), Michelle (016-8919280), Chai Chon Chin (019-8447447) dan Rosemaria Buma (0168718793). -EDISI UKAS