JKR Cadang RC Pontoon Di Dermaga Jelatong Dibina Semula

SABTU, 26 NOVEMBER 2022

SARATOK: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mencadangkan agar RC Pontoon di Dermaga Jelatong dibina semula sepenuhnya memandangkan kemudahan sedia ada ketika ini tidak lagi selamat untuk digunakan.

Menurut JKR, anggaran kos bagi pembinaan semula RC Pontoon itu sebanyak RM500,000.

Kerosakan RC Pontoon itu telah menyukarkan warga Saratok selepas ia ditutup bermula sejak 31 Oktober lepas dan JKR telah mengeluarkan notis supaya dermaga Jelatong tidak dibuka untuk orang ramai.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati RC Phontoon itu telah tenggelam sepenuhnya dan usaha untuk membaikinya juga tidak dapat dilakukan dengan segera.

Dermaga Jelatong telah digunakan sejak tahun 1950an lagi untuk penduduk di kawasan seberang Pasar Saratok menuju ke Kupang. – EDISI UKAS

add comment