Gereja St. Barnabas Terima Sumbangan UNIFOR

AHAD, 27 NOVEMBER 2022

MIRI: Gereja St. Barnabas telah menerima sumbangan dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebanyak RM900 ribu.

Peruntukan itu adalah untuk membiayai kos projek pembinaan bangunan gereja baru yang masih kekurangan kos sejumlah RM1.2 juta.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr. Ripin Lamat telah menyerahkan cek peruntukan tersebut pada Majlis Penutupan Hari Jualan Gereja di St. Barnabas di sini pada Sabtu.

Beliau juga berhasrat untuk membiayai kos pembinaan gereja baru yang masih kekurangan sejumlah RM300 ribu pada tahun depan. -EDISI UKAS

add comment