MCMF 2022 Meriahkan Bandar Miri

AHAD, 27 NOVEMBER 2022

MIRI: Miri Country Music Festival (MCMF) 2022 kembali memeriahkan Bandaraya Miri setelah ditangguh penganjurannya selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Pelancongan,  Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, penganjuran MCMF 2022 yang diadakan selama dua hari pada 25 hingga 26 November itu telah diadakan di lokasi yang lebih luas bagi memberi ruang selesa dan pengalaman menarik untuk para pengunjung.

“Selepas sempadan dibuka dan tiada lagi sekatan perjalanan, kita dapat mengadakan MCMF pada tahun ini di Miri,”katanya dalam satu sidang media di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu menambah, festival itu bukan sahaja menampilkan dan mempromosikan muzik pemuzik jemputan malah pelbagai jenis makanan dan kraftangan menarik di turut dihidangkan.

MCMF kali ini menyaksikan persembahan daripada penyanyi dan kumpulan muzik Tantowi Yahya, Lyia Meta (Malaysia), Johnny Loda Trio (Italy/UK/Thailand), Cambodia Country Band (USA/UK/Kemboja/Kanada), Ramon Cedillo (Singapura), Kamal Bukhary (Malaysia), Mountain Wind (Malaysia), Country Road (Malaysia) dan SesSions:theBand (Malaysia).-Edisi UKAS

add comment