Program Diabetes Run Sasar Tingkat Kesedaran

AHAD, 27 NOVEMBER 2022

BINTULU: Penganjuran Program Diabetes Run 6.5 (v.2) bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan penyakit kencing manis dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Program tersebut dianjurkan oleh Columbia Asia Hospital Bintulu dengan kerjasama Persatuan Diabetes Malaysia Bintulu bersempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada 14 November.

Seramai 180 peserta telah menyertai larian tersebut di Pantai Tanjung Batu pada Ahad.

Untuk rekod, kali pertama aktiviti ini diadakan pada tahun 2019, seramai 804 orang peserta telah menyertai larian tersebut.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Diabetes Malaysia Bintulu, Dr. Rawa Bau dan Pengurus Besar Colombia Asia Hospital Bintulu, Hazlin Sham Ibrahim. -EDISI UKAS

add comment