Mahu Melihat Anak Sarawak Raih Kejayaan Dalam Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak Ke-22 – Datuk Sebastian Ting

SELASA, 29 NOVEMBER 2022

MIRI: ‘Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat keputusan terutamanya anak-anak Sarawak kita dalam kejohanan ini, kata Timbalan Pelancongan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa berucap dalam Makan Malam Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Sarawak Ke-22 Piala Perdana Sarawak 2022 di Hotel Imperial Palace di sini pada Isnin. 

“Saya tahu kita akan mengadakan acara 3 hari yang sangat kompetitif tahun ini. Seperti sedia maklum, kebanyakan peserta di sini adalah pemain terbaik dari setiap negara yang mana mereka adalah pemain terpilih,” katanya. 

Sebanyak 8 buah negara seperti India, Pakistan, Thailand, Vietnam, Chinese Taipei, Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei termasuk Malaysia menyertai kejohanan itu. 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang diketuai Presiden Persatuan Golf Sarawak Hoan Kee Hock kerana berjaya menganjurkan kejohanan berprestij ini selepas beberapa tahun berehat akibat pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

add comment