231 Murid Terima Bantuan Barangan Keperluan Persekolahan Sumbangan BPHB

RABU, 30 NOVEMBER 2022

BINTULU: Seramai 231 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nyalau dan SK Nyalau menerima sumbangan bantuan barangan keperluan persekolahan sumbangan Bintulu Port Holding Berhad.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu BPHB Dato Mohamad Medan Abdullah, ini merupakan tahun ke lapan penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bintulu Port-Penyerahan bantuan keperluan sekolah dan tahun ini membawa tema Education + Knowledge = Success.  

“Seperti tahun-tahun yang lepas, syarikat tampil menyumbangkan keperluan asas persekolahan. la dipercayai akan membantu keluarga anak-anak yang terlibat keperluan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan tahun 2023,” katanya. 

Beliau berucap merasmikan Program CSR Bintulu Port Holding Berhad (BPHB) Back To School di Restoran Dinner World Berhad pada Selasa. 

Dalam program ini kesemua murid-murid tersebut bersama guru-guru pengiring telah dibawa ke pasaraya dengan menggunakan enam buah bas ekpress bagi membeli barangan keperluan sekolah. 

Ujar Dato Mohamad Medan lagi, sewaktu tempoh dua tahun pandemik COVID-19, pihaknya juga meneruskan program yang sama dengan menyerahkan sumbangan barangan keperluan persekolahan kepada 450 murid di 31 buah sekolah.

Hadir sama Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Kumpulan merangkap Pengerusi Program CSR Back To School Maslihah Tioh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Yusup Harbi, Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd Matsalleh Mohamad Etli, Ketua Pegawai Operasi Samalaju Industrial Port Sdn Bhd Ezam Ismail, Ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn Bhd Wan Mohamad Zaidi Wan Kadir dan Guru Besar SK Kampung Nyalau Mohammad Yahya.-EDISI UKAS

add comment