37 Penerima Di DUN Jepak Terima Geran MRP Berjumlah RM263,000

ISNIN, 5 DISEMBER 2022

BINTULU: Seramai 37 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM263,000. 

Difahamkan, penerima-penerima tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung dan Rumah Panjang, Jawatankuasa Pengurusan Masjid, Kelab dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). 

Majlis Penyerahan Geran tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Datuk Talib mengingatkan kepada para penerima agar mengunakan peruntukan tersebut dengan sebaiknya untuk melaksanakan aktiviti serta memajukan pertubuhan dan JKKK masing-masing. 

Turut hadir, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak, Noriha Ali dan Pengurus Pusat Khidmat PBB Jepak, Shamsuddin Abdul Razak. -Edisi UKAS

add comment