ISNIN, 5 DISEMBER 2022
TELANG USAN: Jambatan yang menghubungkan jalan ke Long Seridan telah runtuh pada tahun lepas dan projek baik pulih sedang diusahakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut ADUN Telang Usan, Dennis Ngau, beliau telah diberikan taklimat oleh pihak JKR di mana projek baikpulih tersebut akan siap sepenuhnya pada Mac 2023.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Pra Krismas Dan Ulangtahun Ke-3 Persatuan Kebudayaan Dan Kesenian Wanita Long Seridan Telang Usan Miri pada Ahad.
Majlis telah disempurnakan oleh Dennis mewakili Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.
Dalam majlis itu, Dennis Ngau telah menyampaikan peruntukan MRP daripada Datuk Sebastian berjumlah Rm5,000 kepada Persatuan Kebudayaan Dan Kesenian Wanita Long Seridan, Telang Usan, Miri.-EDISI UKAS