Press Metal Bintulu, Curtin University Meterai MoU Untuk Perkukuh Kerjasama

ISNIN, 5 DISEMBER 2022

MIRI: Press Metal Bintulu Sdn Bhd telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Curtin University yang bertujuan untuk memperkukuhkan komitmen antara kedua pihak tersebut. 

MoU itu telah ditandatangani di Miri pada Isnin dengan Press Metal Bintulu Sdn Bhd diwakili Pengurus Besar Kumpulan, Choa Wei Kiong manakala Curtin Malaysia diwakili Timbalan Pro Naib Canselor, Professor Vincent Lee Chieng Chen. 

Difahamkan, kerjasama ini akan terus memanfaatkan pengalaman industri yang dibawa oleh Press Metal Bintulu sebagai pengeluar aluminium bersepadu secara global dengan kehadiran ketara di Asia Tenggara serta kekuatan Curtin Malaysia dalam bidang penyelidikan dan akademik. 

Ia mampu menjurus kepada pemerkasaan golongan pelajar khasnya dan juga komuniti setempat secara amnya.-EDISI UKAS

add comment