RABU, 7 DISEMBER 2022
KUCHING: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan Juma’ani Pavilion di Jalan Gersik di sini pada Rabu.
Keberangkatan tiba baginda Raja Permaisuri Agong kira-kira jam 8.00 malam disambut oleh isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Hadir sama ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri Datin Amar Doreen Mayang, Menteri Pelancongan, Seni Persembahan dan Industri Kreatif Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri Datin Zuraini Abdul Jabar, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta di-dif jemputan yang lain.
Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan memorandum persefahaman (MoU) antara CENTEXS Commercial yang diwakili oleh Pengurus Besarnya Mohd Shahreen Mohamad Yusri bersama pelbagai pihak antaranya Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo, Ibu Jeny Tjahyawaty, Danapuri, Batik Air, Halal Street UK, Sarawak Entrepeneur Association (SEA), Sarawak Tourism Federation (STF), Tourism Malaysia (TM), Islamic Tourism Centre (ITC) dan Malaysian Convention Exhibition Bureau (MyCEB).
Ia turut disaksikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah, Timbalan Setiusaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ahli lembaga Pengarah CENTEXS dan CENTEXS Commmericial Services Datu Dr. Sabariah Putit, dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecemerlangan Teknikal (CENTEXS) Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman.
Baginda Raja Permaisuri Agong kemudiannya berkenan menyempurnakan gimik pelancaran dan menandatangani plak perasmian yang turut diiringi Puan Sri Datuk Amar Juma’ani.
Setelah selesai, Baginda Raja Permaisuri Agong melakukan lawatan sekitar Juma’ani Pavilion iaitu ke CENTEXS Heritage Fashion Gallery, CENTEXS Heritage Fashion Production, Designer and Smart Gallery dan CENTEXS Commercial Office.-Edisi UKAS