Dato Henry Santuni Masyarakat Cina

AHAD, 11 DISEMBER 2022

BAU: Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep telah meluangkan masa mendekati masyarakat tempatan khususnya masyarakat Cina menerusi Majlis Sambutan Ulang Tahun Tokong Oni Toh di Pekan Bau pada Sabtu.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru itu telah disambut oleh Penghulu Pekan Bau dan sekitarnya, Jong Kee Chiu serta Kapitan Kawasan Sebuku merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Oni Toh, Jee Ah Ming.

Dalam pada itu, Dato Henry dalam ucapannya merakamkan penghargaan ke atas kehadiran meriah masyarakat tempatan yang turut serta menyambut perayaan tersebut.

Beliau juga menaruh harapan agar mereka mendapat kehidupan yang lebih baik, sihat dan harmoni pada masa ini dan juga tahun-tahun akan datang.

Sementara itu, Dato Henry menyeru penduduk setempat agar sentiasa berwaspada dan bersedia dalam menghadapi sebarang bencana banjir sekiranya cuaca tidak diingini melanda terutamanya ketika musim perayaan. -Edisi UKAS

add comment