ISNIN, 12 DISEMBER 2022
BALAI RINGIN: Sebanyak 12 buah gereja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin telah menerima peruntukan daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah keseluruhan RM1.5 juta.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan telah hadir menyempurnakan simbolik penyerahan di Depo Balai Ringin pada Ahad.
Selain daripada itu, seramai 26 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Wanita, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) dan persatuan lain turut menerima geran peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) jumlah keseluruhan RM269,000.
Dalam pada itu, Datuk Snowdan turut menyerahkan Sijil Perlantikan kepada 12 orang Ketua Masyarakat & Ketua Kampung (KMKK) yang berada di kawasan DUN Balai Ringin.-EDISI UKAS