Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Daripada Kumpulan POSCO

ISNIN, 12 DISEMBER 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan POSCO dari Republik Korea di pejabat beliau di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini pada pagi Isnin.

Kunjungan hormat itu diketuai oleh Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pejabat Perniagaan Hidrogen POSCO Holdings, Cho Ju Ik.

Difahamkan, kunjungan hormat itu dilakukan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Posco Group berkaitan kolaborasi tangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) yang diadakan di Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia pada hari sama.

Antara turut hadir ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr. Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi Lembaga Pengarah PETROS, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo, Ketua Pegawai Eksekutif PETROS, Janin Girie, Ketua Unit Perniagaan Hidrogen POSCO International, Yu Yang Jae dan Ketua Unit Perniagaan Hidrogen POSCO Engineering and Construction, Jeong Woo Sik. -Edisi UKAS

add comment