SELASA, 13 DISEMBER 2022
SARATOK: Hospital Saratok telah mengadakan kempen derma darah bertempat di Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban pada Ahad.
Kempen sepanjang tahun ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menderma darah bagi tujuan simpanan untuk keperluan pihak hospital di samping memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya darah bagi menyelamatkan nyawa individu yang memerlukannya.
Kempen tersebut turut mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kalaka, Mohamad Duri yang hadir menderma darah.
Ketika ditemui, beliau turut menyokong penuh kempen tersebut kerana ianya merupakan amalan murni yang patut diterapkan kepada generasi serta dapat membantu mereka yang memerlukannya.-EDISI UKAS