JUMAAT, 16 DISEMBER 2022
SARIKEI: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana khas bagi membantu pihak pengurusan Downtown Taman Selera Baji Jaya untuk meringankan beban mereka.
Menurut Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab, pembelian setiap kanopi akan dibiayai sebanyak 40 peratus oleh Pusat Khidmat Tanjong Manis manakala selebihnya akan ditanggung oleh peniaga.
“Ini adalah salah satu langkah awal pihak pengurusan dengan kerjasama Pusat Khidmat Tanjong Manis agar meringankan sedikit beban penjaja yang mengalami kerosakan akibat dari cuaca hujan.” jelasnya.
Sementara itu, Ir Yusuf berkesempatan melawat tapak Downtown Taman Selera pada Khamis untuk melihat sendiri isu yang dihadapi serta dibangkitkan oleh para peniaga kecil.
Antaranya ialah keadaan air yang bertakung semasa hujan, laluan pejalan kaki berbumbung dan kemudahan asas yang lain. -EDISI UKAS