ISNIN, 19 DISEMBER 2022
KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengadakan perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini pada malam Ahad.
Difahamkan, perjumpaan tersebut merupakan rutin biasa yang dilakukan setiap kali sebelum Persidangan Dewan Rakyat bermula.
Antara hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan dari GPS, Ahli-Ahli Parlimen GPS serta Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman.
Untuk rekod, pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan baru-baru ini memperlihatkan GPS diberi amanah untuk memegang lima portfolio Menteri serta enam portfolio Timbalan Menteri.
Selain itu, Sarawak melakar sejarah dengan memikul jawatan Timbalan Perdana Menteri buat kali pertama. -Edisi UKAS