Tambah Baik Benteng Penahan Ombak Pantai Lutong

SELASA, 27 DISEMBER 2022

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Seri Lee Kim Shin telah mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan di Pantai Lutong berikutan insiden kerosakan pada benteng penahan ombak sepanjang 240 meter. 

Dalam lawatan itu, beliau mencadangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Miri untuk menambah ketinggian dan pelebaran benteng penahan ombak sedia ada untuk menjadikan struktur lebih kukuh dan kuat dalam berhadapan dengan pukulan ombak yang kuat.

“Projek penahan ombak ini merupakan projek sementara dengan peruntukan dana kecemasan yang diluluskan Kerajaan Sarawak untuk menyelamatkan kawasan pantai yang terhakis.

“Walau bagaimanapun, DID telah membuat kertas cadangan untuk pembinaan benteng menggunakan kaedah Struktur Kawalan Hakisan Pantai atau ‘Rock Revetment wall’ dengan jumlah kos RM50.6 juta melibatkan cadangan kerja-kerja ‘beach nourishment’, ‘marine outfall’, ‘tidal control gate’ dan ‘nearshore breakwater,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat keadaan Pantai Lutong tersebut pada Selasa. 

Jelasnya lagi, kertas cadangan tersebut diadakan sebagai penyelesaian jangka masa panjang di Pantai Lutong. 

“Kertas cadangan ini akan dihantar ke DID Sarawak untuk kelulusan oleh pakar,” jelasnya. 

Hadir sama Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Penolong Pentadbir Tanah Kanan Jabatan Tanah dan Survei Miri Mohamad Jeoffery Hassim, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Miri Awang Nur Rosman dan Iwan Halmi.-EDISI UKAS 

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia