JUMAAT, 30 DISEMBER 2022
SEBUYAU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Daerah Sebuyau turun padang bagi menyantuni 22 buah rumah yang terputus hubungan akibat banjir kilat di Kampung Stika di sini pada Rabu.
Dalam kesempatan itu, sumbangan berupa bakul makanan telah disampaikan kepada para mangsa oleh Pegawai Tadbir Sebuyau mewakili Pegawai Daerah Sebuyau, Tahir Putih.
Menurut laporan, kejadian banjir kilat tersebut menyebabkan penduduk kampung terlibat terputus hubungan sehinggakan tiga buah keluarga turut terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat.
Dalam pada itu, rata-rata penerima bantuan merakamkan ucapan terima kasih diatas keperihatinan agensi yang terlibat dalam meringankan beban yang dialami mereka akibat banjir kilat.
Turut hadir, Ketua Balai Polis Simunjan, Wong Tee Kui, Wakil Bomba Daerah Simunjan, Hipni Udai, Wakil Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM), SM (PA) Mac Octavia Florence Again, Pegawai Tadbir Sebuyau, Ajis Ahmad dan Ketua Kaum Kampung Stika, Tuai Rumah Kalong Langking. -Edisi UKAS