Borneo Fittest 2022 Tarik Penyertaan 200 Atlet Dari Seluruh Asia Tenggara

RABU, 4 JANUARI 2022

MIRI: Kejohanan Borneo Fittest yang diadakan pada 3 hingga 4 Disember 2022 telah berjaya menarik 200 atlet dari seluruh Asia Tenggara.

Persatuan Lumba Padang Berhalangan Sarawak sebagai penganjur acara itu menzahirkan rasa gembira dengan peningkatan jumlah atlet yang terlibat berbanding acara sulungnya di Kuching pada Januari 2022.

“Kami berharap untuk melihat pertandingan Borneo Fittest ini menjadi acara kecergasan berfungsi terbaik di rantau ini pada tahun-tahun yang akan datang,”katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Pertandingan yang diadakan di Kelab Rekreasi Petroliam itu menyaksikan para atlet mengambil bahagian dalam lima acara daripada gabungan pergerakan dan senaman yang berfungsi dan angkat berat.

Kejohanan ini menyaksikan Darren Chai memenangi tempat pertama dalam kategori Elit Lelaki, diikuti oleh Mikka Yap dan Timothy Ng dan Nina Juna menjuarai kategori Elit Wanita, diikuti oleh Christie Chong dan Sohee Jo.

Manakala bagi kategori Terbuka Lelaki Hozaifa Dawoud memenangi tempat pertama diikuti, Lau Hui Siong dan Johnny Gian Chu dan kategori Terbuka Wanita menyaksikan Stephanie Chok menduduki tempat pertama, diikuti Hadirah Latif dan Siti Zulhijah Sahari.

Bagi kategori berpasukan pula, Kolo Mee memenangi podium elit diikuti Pasukan AP dan Sabah Mayhem manakala bagi kategori Terbuka dimenangi oleh Pasukan SC, diikuti Grit Double JJ dan Pasukan Lekker.-Edisi UKAS

add comment