Pelaksanaan Projek Rangkaian Jalan Raya Utama Sabah, Sarawak Diterus & Disegera

KHAMIS, 5 JANUARI 2022

PUTRAJAYA: Kabinet Kerajaan Perpaduan telah memutuskan pelaksanaan projek-projek Rangkaian Jalan Raya Utama Sabah dan Sarawak diteruskan dan disegerakan.

Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi memberitahu, perincian pelaksanaan projek-projek itu akan dimaklumkan kelak.

“Selesai mesyuarat Kabinet dari Putrajaya, saya bergegas ke ibu pejabat Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur bagi mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet.

“Tumpuan perbincangan tentunya terarah kepada intipati pengumuman YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63).

“Antara intipati penting terkait KKR adalah Kerajaan telah memutuskan agar diteruskan dan disegerakan pelaksanaan Projek Sarawak – Sabah Link Road (SSLR), Lebuhraya Trans Borneo serta melengkapkan Projek Pan Borneo Sabah,” katanya menerusi satu hantaran dalam akaun Facebook miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu tambahnya, Kabinet Menteri juga meluluskan syor pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik.

Katanya, jabatan ini diberi kuasa untuk menguruskan projek-projek pembangunan Persekutuan pada kadar sehingga RM50 juta.-Edisi UKAS

add comment